Skip to main content

SPASM-21 Kuching Sarawak

Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay

SPASM-21 KUCHING SARAWAK

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) telah berlangsung di Kuching Sarawak dengan jayanya baru-baru ini. Pesta yang berlangsung setiap 2 tahun sekali ini telah berjaya mengumpul pasukan perpustakaan awam di Malaysia. Para atlet telah berkampung selama 4 hari bermula dari 7 hingga 11 Ogos 2015 di perkampungan sukan UNIMAS.

Pesta sukan kali ini telah mempertandingkan beberapa acara sukan antaranya futsal, badminton, sepak takraw dan sebagainya. Kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) yang di wakili oleh 18 orang atlet yang di ketuai oleh En. Md. Hanif Junoh telah berjaya membawa pulang satu pingat gangsa dalam acara sukan sepak takraw.

Walaupun skuad PPAK gagal mendapat pingat dalam acara sukan lain namun pencapaian melayakkan diri ke suku akhir dalam acara futsal dan bola tampar boleh di banggakan kerana lawan di peringkat tersebut merupakan pasukan yang hebat sebelum ini.

Skuad sepak takraw PPAK berjaya membawa pulang pingat gangsa di SPASM-21

This site is suitable for viewing using the latest version of Microsoft Edge & Google Chrome web browsers with a minimum resolution of 1366×768
Copyright © 2014 - 2025

Dasar privasi

Arkib pengumuman