Skip to main content

Jom Baca Bersama 10 Minit "nikmati saat ini" 2025

Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit "nikmati saat ini" secara serentak seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 23 April 2025 (Rabu)
Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi
Tempat : Di jabatan/agensi/sekolah/lokasi masing-masing.

Daftar penyertaan anda di pautan berikut: https://www.ppas.gov.my/jombacabersama

Gambar-gambar penyertaan sewaktu program berlangsung boleh dimuat naik melalui Facebook masing-masing dengan menyertakan tanda pagar (Hashtag)
#PerpustakaanAwamKelantan
#MalaysiaMembaca
#KelantanMembaca2025
#NikmatiSaatIni

Bahan bacaan juga boleh di dapati secara atas talian secara PERCUMA di www.u-pustaka.gov.my. Terdapat banyak bahan bacaan digital untuk dibaca oleh semua.

Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong Program Inisiatif Membaca 2025 ini amatlah dihargai.

#PerpustakaanAwamKelantan
#MalaysiaMembaca
#KelantanMembaca2025
#NikmatiSaatIni

Poster promosi

Muat turun versi .png (3.83 MB) versi .pdf (23.1 MB)

Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768
Hak cipta terpelihara © 2014 - 2025

Dasar privasi