Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan bagi memastikan aktiviti pengurusan dan operasi berjalan dengan lancar.
Bahagian ini dibahagikan kepada Pejabat Pengarah, Unit Pentadbiran Dan Sumber Manusia dan Unit Kewangan.
Unit Perancangan dan Pembangunan
Unit Perancangan Dan Pembangunan berfungsi untuk merancang, melaksana dan mengawal selia projek-projek pembangunan perpustakaan di peringkat negeri dan persekutuan serta menyelaras projek-projek pembangunan berbentuk kerjasama antara agensi dan badan korporat.
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi
Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan koleksi perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.
Bahagian ini dibahagikan kepada Unit Perolehan Koleksi dan Unit Pendokumentasian Dan Teknikal.
Fungsi Unit Perolehan Koleksi adalah:
Menguruskan perolehan bahan-bahan sama ada melalui pembelian, hadiah, atau sumbangan.
Perolehan adalah berdasarkan polisi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ke arah pengembangan maklumat dan pembangunan ilmu kepada masyarakat.
Fungsi Unit Pendokumentasian Dan Teknikal adalah:
Mengendalikan...
Unit Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat berfungsi memberi perkhidmatan sokongan ICT di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Fungsi keseluruhan mengenai Unit Teknologi Maklumat terbahagi kepada Teknikal dan Rangkaian, Sistem dan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan Multimedia dan Web.
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus perkhidmatan perpustakaan dan mengendalikan program galakan membaca di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.
Bahagian ini dibahagikan kepada Unit Gerakan Literasi dan Unit Perkhidmatan Perpustakaan.
Fungsi Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan adalah:
Menyediakan perkhidmatan maklumat yang tepat.
Menyediakan kemudahan akses kepada maklumat.
Menyediakan kemudahan sirkulasi yang cekap dan efisien.
Memberi khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan perpustakaan.
Memberi perkhidmatan pinjaman...
Bahagian Rangkaian Perpustakaan
Bahagian Rangkaian Perpustakaan merupakan bahagian yang bertanggungjawab menyelaras dan memantau perkhidmatan perpustakaan di seluruh daerah/jajahan di negeri Kelantan.
Bahagian ini dibahagikan kepada Unit Bergerak, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa.
Unit Bergerak
Perpustakaan Bergerak
e-pustaka
Perpustakaan Awam Cawangan
Perpustakaan Awam Bachok
Perpustakaan Awam Gua Musang
Perpustakaan Awam Jeli
Perpustakaan Awam Kuala Krai
Perpustakaan Awam Pasir Mas
Perpustakaan Awam Pasir Puteh
Perpustakaan Awam Tumpat
Perpustakaan Komuniti
Perpustakaan...