Skip to main content

Jom Baca Bersama 10 Minit “BACA BINA INSAN” 2023

Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit “BACA BINA INSAN” secara serentak seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi
Tempat : Di jabatan/agensi/sekolah/lokasi masing-masing.

Daftar penyertaan anda di pautan berikut: https://bit.ly/lrt2023

Gambar-gambar penyertaan sewaktu program berlangsung boleh dimuat naik melalui Facebook masing-masing dengan menyertakan tanda pagar (Hashtag)
#PerpustakaanAwamKelantan
#MalaysiaMembaca
#KelantanMembaca2023
#BacaBinaInsan

Bahan bacaan juga boleh di dapati secara atas talian secara PERCUMA di www.u-pustaka.gov.my. Terdapat banyak bahan bacaan digital untuk dibaca oleh semua.

Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong Program Inisiatif Membaca 2023 ini amatlah dihargai.

#PerpustakaanAwamKelantan
#MalaysiaMembaca
#KelantanMembaca2023
#BacaBinaInsan

Poster promosi

Muat turun versi .png (4.50 MB) versi .pdf (10.3 MB)

Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768
Hak cipta terpelihara © 2014 - 2025

Dasar privasi

Arkib pengumuman