Skip to main content

Jom Baca Bersama 10 Minit “baca itu terapi” 2021

Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit “baca itu terapi” secara serentak seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 22 April 2021 (Khamis)
Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi
Tempat : Di jabatan/agensi/sekolah/lokasi masing-masing.

Daftar penyertaan anda di pautan berikut: https://jombacabersama.ml

Gambar-gambar penyertaan sewaktu program berlangsung boleh dimuat naik melalui Facebook masing-masing dengan menyertakan tanda pagar (Hashtag)
#PerpustakaanAwamKelantan
#MalaysiaMembaca
#KelantanMembaca2021
#BacaItuTerapi
#BacaFikirAmal

Bahan bacaan boleh di dapati secara atas talian secara PERCUMA di www.u-pustaka.gov.my. Terdapat lebih 13.2 juta bahan bacaan digital untuk dibaca oleh semua.

Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong Program Inisiatif Membaca 2021 ini amatlah dihargai.

#PerpustakaanAwamKelantan
#MalaysiaMembaca
#KelantanMembaca2021
#BacaItuTerapi
#BacaFikirAmal

Poster promosi

Muat turun versi .png (5.0 MB) versi .pdf (24 MB)

Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768
Hak cipta terpelihara © 2014 - 2025

Dasar privasi

Arkib pengumuman