Skip to main content

Notis penutupan perkhidmatan perpustakaan 30 Julai 2019

Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan perpustakaan (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa) akan ditutup selama satu hari mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bersempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah iaitu:

Hari Tarikh Catatan
Selasa 30 Julai 2019 Hari Kelepasan Am Tambahan

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan akan memulakan perkhidmatan perpustakaan seperti biasa pada hari Rabu 31 Julai 2019. Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan.

Rujukan:
1) Kenyataan Akhbar Pejabat Ketua Setiausaha Negara bertajuk Hari Kelepasan Am Tambahan Bagi Seluruh Negara Pada Selasa, 30 Julai 2019 bertarikh 28 Jun 2019

Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768
Hak cipta terpelihara © 2014 - 2025

Dasar privasi

Arkib pengumuman