Skip to main content

Perpustakaan Komuniti Pusat Beli Belah AEON Kota Bharu

Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay

Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan menerima kunci dari pihak AEON

Satu majlis ringkas penyerahan kunci Perpustakaan Komuniti Pusat Beli Belah AEON Kota Bharu telah berlangsung pada 27 April 2016 di mana ianya diterima oleh Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan.

Pembukaan perpustakaan ini merupakan satu usaha Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan mewujudkan perpustakaan komuniti di pusat membeli belah.

Perpustakaan ini terletak di S19 AEON Mall Kota Bharu akan beroperasi pada 28 April 2016.

Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768
Hak cipta terpelihara © 2014 - 2025

Dasar privasi

Arkib pengumuman