Lawatan penanda aras sistem pengurusan perpustakaan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Satu lawatan penanda aras sistem pengurusan perpustakaan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan telah berlangsung pada 26 Mei 2015.
Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk melihat secara keseluruhan dan teknikal kegunaan sistem perpustakaan bersepadu di PPAK.
Pada sesi seterusnya, lawatan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ke Perpustakaan Awam Pasir Puteh bertujuan untuk melihat pelaksanaan sistem perpustakaan di perpustakaan cawangan.