Projek Sumbangan Buku Rujukan Kewangan Islam
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan menerima50 Buku Rujukan Kewangan Islam oleh Bank Islam Malaysia Berhad
Sebahagian daripada 50 buah buku Kewangan Islam yang disumbangkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Bank Islam Malaysia Berhad melalui Projek Sumbangan Buku Rujukan Kewangan Islam telah memberikan sumbangan 50 buku rujukan berkaitan Kewangan Islam kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan pada 9 Februari 2017.
Majlis ini disempurnakan oleh Puan Nurol Ain Abg Latip, Pengurus Konsumer Kawasan Pantai Timur Kelantan Bank Islam Malaysia Berhad.