Anugerah Perintis Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Kerajaan tahun 2016/1437H
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Anugerah Perintis Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Kerajaan tahun 2016/1437H
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan menerima Anugerah Perintis Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Kerajaan tahun 2016/1437H
Anugerah Perintis Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Kerajaan tahun 2016/1437H merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri yang membangunkan aplikasi mudah alih memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Pada Majlis Perasmian Penutup Seminar ICT Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan pada 26 Julai 2016, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan merupakan salah satu daripada lapan jabatan dan agensi kerajaan negeri yang menerima anugerah tersebut.
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan diberikan anugerah tersebut kerana telah berjaya membangunkan satu aplikasi mudah alih Akses Katalog Awam Atas Talian yang mana aplikasi ini membolehkan pengguna membuat carian koleksi perpustakaan dan status koleksi, semakan status keahlian perpustakaan, semakan status pinjaman koleksi perpustakaan, semakan status bayaran dan denda, sambungan tempoh pinjaman koleksi, sejarah carian koleksi oleh pelanggan, sejarah pinjaman oleh pelanggan dan cadangan pembelian koleksi perpustakaan.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini ke dalam peranti mudah alih Android melalui Google PlayStore dengan nama aplikasi adalah “Kelantan Public Library (OPAC)”