Notis penutupan perkhidmatan perpustakaan 24 April 2017
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan perpustakaan (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa) akan ditutup selama satu hari mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bersempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V iaitu:
Hari | Tarikh | Catatan |
Isnin | 24 April 2017 | Hari Kelepasan Am Tambahan |
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan akan memulakan perkhidmatan perpustakaan seperti biasa pada hari Selasa 25 April 2017. Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan.
Rujukan:
1) Kenyataan Akhbar Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertajuk Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan Hari Kelepasan Am Tambahan Bagi Seluruh Negara Pada Isnin, 24 April 2017 bertarikh 3 April 2017