Program Malaysia Ngaji 2016
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan program "Program Malaysia Ngaji 2016" secara serentak seluruh Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada:
Tarikh : 29 Jun 2016
Masa : 12:00 tengahari hingga 1:00 petang
Tempat : Dimana sahaja di seluruh Malaysia
Objektif program ini adalah untuk menjulang Al-Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca Al-Quran, memahami serta mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian.
Program khatam Al-Quran atau pemilihan surah-surah khusus untuk dibaca pada waktu berkenaan boleh diselaraskan oleh urusetia masing-masing disemua peringkat.
Sebagai sokongan program ini, semua pihak bolehlah memuat naik gambar-gambar program di twitter, facebook atau instagram masing-masing menggunakan #MalaysiaNgaji, #KelantanNgaji dan #<NamaAgensi>Ngaji. Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong program ini amatlah dihargai.