Kaji selidik Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan (MPAM), Persidangan Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Negara (PERPUN) dan bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedang melaksanakan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014.
Sehubungan dengan itu, kerjasama seluruh warganegara Malaysia diperlukan untuk menjawab kaji selidik secara atas talian di pautan http://survey.pnm.gov.my
Kerjasama dan sokongan daripada seluruh warganegara Malaysia dalam menjayakan kaji selidik ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapkan terima kasih.
Sekian.