Sistem Penilaian Keberkesanan Program Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Sempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2024
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Sistem Penilaian Keberkesanan Program Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Sempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2024
YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diangkat sebagai salah satu program utama YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di bawah Kluster Semarak Perpaduan. Justeru itu, pihak KPN telah menyediakan satu Sistem Penilaian Keberkesanan Program KPN yang bertujuan untuk menjalankan kajian keberkesanan dan menilai keberkesanan program-program yang dianjurkan oleh KPN dan agensi-agensi di bawah KPN yang berkaitan dengan perpaduan. Sistem ini membolehkan pengumpulan data yang berkaitan dengan pelaksanaan program secara sistematik. Data yang dikumpulkan kemudiannya akan dianalisis untuk memberikan gambaran yang jelas tentang pencapaian program tersebut.
Bersama-sama ini dilampirkan kod QR dan pautan soal selidik untuk dijawab secara dalam talian. Mohon untuk YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan menjawab soal selidik bagi Perpustakaan Awam Kelantan.
Sila klik pautan di bawah untuk mengisi soal selidik. Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengisi soal selidik ini.
https://aplikasi.perpaduan.gov.my/eprogram/soal-selidik/MjkrQnJZS1BC