Kajian profil membaca rakyat Malaysia 2022/2023
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Kajian profil membaca rakyat Malaysia 2022/2023
YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023. Objektif kajian adalah untuk mewujudkan satu profil membaca rakyat Malaysia yang terkini bagi dijadikan sebagai rujukan mengenai kadar pembacaan dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bagi memastikan hasil dapatan adalah menyeluruh dan merangkumi dalam semua aspek. Tempoh kutipan data akan berlangsung bermula 6 Mac 2023 hingga 31 Julai 2023.
YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk meluangkan sedikit masa bagi menjawab soal selidik ini dan menguar-uarkan kepada seluruh warga dan pengguna di Perpustakaan masing-masing. Untuk makluman, penyertaan anda akan menyumbang kepada data profil dan trend membaca rakyat Malaysia.
Sila klik pautan di bawah untuk mengisi soal selidik. Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab kajian ini.