Nilai teras
Nilai-nilai teras Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan:
- Profesionalisme dan Kepakaran
- Menghayati dan mengamalkan profesionalisme dalam pekerjaan meliputi komitmen yang tinggi, tekun, berintegriti dan tabah dalam melaksanakan tugas.
- Memimpin dalam pembangunan perpustakaan & kepustakawanan di peringkat kebangsaan.
- Mengamalkan budaya berkualiti
- Menitikberatkan kualiti pelaksanaan semua program jabatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan
- Bertindak sebagai satu pasukan
- Mengembeling kepakaran, teknologi dan sumber untuk memberi perkhidmatan yang berkesan ke arah pencapaian misi dan visi jabatan
- Kecemerlangan dan keunggulan
- Mengutamakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan menjadi jabatan yang unggul di dalam perkhidmatan pengembangan
- Berhemah dan berwibawa
- Mengamalkan sifat-sifat terpuji, termasuk pandai menyesuaikan diri salam semua keadaan, bijak menangani isu, berketrampilan serta berbudi bahasa
- Berilmu menerusi pembelajaran berterusan
- Meneruskan pembelajaran sepanjang masa melalui pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran diri dengan teknologi dan maklumat terkini serta penemuan baru