Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus perkhidmatan perpustakaan dan mengendalikan program galakan membaca di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.
Bahagian ini dibahagikan kepada Unit Gerakan Literasi dan Unit Perkhidmatan Perpustakaan.
Fungsi Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan adalah:
- Menyediakan perkhidmatan maklumat yang tepat.
- Menyediakan kemudahan akses kepada maklumat.
- Menyediakan kemudahan sirkulasi yang cekap dan efisien.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan perpustakaan.
- Memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan kepada pengguna perpustakaan.