Notis penutupan perkhidmatan perpustakaan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 dan Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan perpustakaan ditutup sempena Pilihan Raya Umum Ke-14, Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 dan Hari Kelepasan Am Tambahan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 adalah seperti berikut:
Peringkat | Hari | Tarikh | Catatan |
Perpustakaan Awam Kelantan | Rabu | 9 Mei 2018 | Hari Kelepasan Am Tambahan |
Khamis | 10 Mei 2018 | Hari Kelepasan Am Tambahan | |
Jumaat | 11 Mei 2018 | Tutup | |
Sabtu | 12 Mei 2018 | Tutup mengikut kaedah Hari Kelepasan Perkhidmatan Hari Sabtu** | |
Ahad | 13 Mei 2018 | Hari Kelepasan Am Tambahan | |
Perpustakaan Awam Cawangan Perpustakaan Komuniti Perpustakaan Desa Perpustakaan Desa (di bawah pentadbiran Perpustakaan Negara Malaysia) |
Rabu | 9 Mei 2018 | Hari Kelepasan Am Tambahan |
Khamis | 10 Mei 2018 | Tutup | |
Jumaat | 11 Mei 2018 | Tutup | |
Sabtu | 12 Mei 2018 | Gantian Hari Kelepasan Am Tambahan 10 Mei 2018* | |
Ahad | 13 Mei 2018 | Hari Kelepasan Am Tambahan |
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan akan memulakan perkhidmatan perpustakaan seperti biasa pada hari Isnin, 14 Mei 2018. Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan.
Rujukan:
1) Hari Kelepasan Am Tambahan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951
2) Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan*
3) Hari Kelepasan Perkhidmatan Hari Sabtu**
* Gantian Hari Kelepasan Am Tambahan yang jatuh pada hari perkhidmatan perpustakaan cawangan 10 Mei 2018.
** Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan boleh menjadikan Hari Kelepasan Perkhidmatan Hari Sabtu di Perpustakaan Awam Kelantan mengikut keperluan Perbadanan. Hari Kelepasan Perkhidmatan Hari Sabtu hanya terpakai di Perpustakaan Awam Kelantan sahaja. (tidak termasuk Perpustakaan Cawangan, Komuniti dan Desa Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan)