Mari Membaca Serentak #DudukRumah #BacaDirumah 2020
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan program "Mari Membaca Serentak #DudukRumah #BacaDirumah / Let's Read Together #StayAtHome #ReadAtHome" secara serentak seluruh Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada:
Tarikh : 23 April 2020 (Khamis)
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Dirumah masing-masing
Bahan bacaan boleh di dapati secara atas talian secara PERCUMA di www.u-pustaka.gov.my. Terdapat lebih 13.2 juta bahan bacaan digital untuk dibaca oleh semua.
Daftar penyertaan anda di pautan berikut: http://aplikasi.kelantanlibrary.gov.my/lrt/2020
Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong program ini amatlah dihargai.
#DudukRumah
#BacaBuku
#MalaysiaMembaca
#KelantanMembaca
#KelantanMembaca2020
#RefleksiDiri
#PerpustakaanAwamKelantan
Poster promosi
Muat turun versi .png (4.0 MB) versi .pdf (9.28 MB)