Mari membaca serentak selama 10 minit 2016
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan program "Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let's Read Together For 10 Minutes" secara serentak seluruh Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada:
Tarikh : 25 April 2016
Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi
Tempat : Dimana sahaja di seluruh Malaysia atau di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong program ini amatlah dihargai.