Nota Persefahaman (NoU) antara Politeknik Kota Bharu dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Satu majlis menandatangani Nota Persefahaman (NoU) antara Politeknik Kota Bharu dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan telah diadakan pada 15 Mac 2015 di Bilik Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.
NoU ini bertujuan untuk menyelaraskan persefahaman umum dan kerangka untuk saling bekerjasama di antara kedua-dua pihak dan boleh menjurus kepada perjanjian definitif bagi pelaksanaan aktiviti tertentu atau program, yang menetapkan terma termasuk urusan bajet dan kewangan.