Program Keluargaku Keluarga Membaca
Program Keluargaku Keluarga Membaca merupakan program khas yang di wujudkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di bawah kerangka program galakan membaca IQRA yang mula diperkenalkan pada tahun 2021. Sewaktu dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2022 program Keluargaku Keluarga Membaca telah disertai oleh 571 buah keluarga yang mewakili 45 kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Program ini dirangka bagi menjadikan institusi kekeluargaan sebagai penggerak dan peneraju utama dalam membudayakan amalan membaca sebagai aktiviti utama sesebuah keluarga. Peserta yang menyertai program ini dinilai secara berterusan melalui beberapa aspek penilaian khusus secara dokumen, secara lapangan dan secara penjurian langsung. Semua Aspek penilaian meliputi seluruh aktiviti kehidupan kekeluargaan yang menjurus kepada memupuk budaya membaca oleh setiap ahli keluarga.
Antara faedah yang bakal diperolehi oleh keluarga yang menyertai program ini adalah dapat mendidik keluarga menjadi sebuah keluarga membaca, dapat menjadi pembimbing kepada masyarakat untuk bersama pihak perpustakaan membangunkan masyarakat membaca, memberi keahlian perpustakaan secara percuma, bahan bacaan dibekalkan kepada pengguna, dapat menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan dan berpeluang dinobatkan sebagai penerima anugerah seperti Anugerah Individu Bestari, Anugerah Keluarga Bestari, Anugerah Keluarga Sakinah, Anugerah Ikon Membaca Negeri Kelantan dan Anugerah Ikon Keluarga Membaca Negeri Kelantan.
Setiap penerima anugerah bakal menerima wang tunai, sijil, trofi dan piala pusingan.