Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal
| Article Index |
|---|
| Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal |
| Galeri |
| All Pages |
Majlis perpisahan pelajar praktikal telah di adakan di Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa. Majlis tersebut telah berlangsung pada 07 Julai 2011.
Tujuan majlis tersebut di adakan adalah untuk meraikan para pelajar praktikal yang telah tamat latihan amali dan meraikan pemenang bubur asyura. Majlis tersebut di serikan lagi dengan kehadiran Tuan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK).
Seramai 6 orang pelajar telah menjalani latihan amali di PPAK. Pelajar tersebut adalah Nur Suhada Binti Ramli, Wan Nur Afifah Binti Wan Yahya, Che Noor Asma Binti Che Kob, NorAin Binti Zakaria, Nurulain Binti Muhamad dan Nor Baiti Binti Aling. Kesemua pelajar tersebut merupakan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengambil jurusan Bachelor (Hons) of Library Science in Information Management.
Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan mengucapkan terima kasih kepada pelajar tersebut, kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa berada di PPAK.
Dokumen 















